Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Sunday, January 05, 2014

Senarai Barang Yang Perlu Dibeli Untuk Menyambut Kelahiran Bayi

Assalamualaikum,

Ahaaa, alhamdulillah kandungan syu yang ketiga ni sekarang dah 5 bulan. Pagi tadi baru scan kat Dr. Noraini, KPJ Puteri Specialist JB- semua dalam keadaan normal dan sihat- yang paling best, dr. jangkakan bayi ni LELAKI..! Alhamdulillah, rasa gembira sangat sebab nak dapat hero pulak - baby dah ada 2 orang kakak. Apa pun, diharapkan semoga baby sihat. Apa pun jantinanya syu tetap bersyukur menerima hadiah dr Allah yang tak ternilai ni.. Dan paling best, kalau betul yang dijangka, ni hadiah untuk Husband syu yang tersayang - bagi dia geng tengok bola dengan pegi Surau ye.! hihi.

Berbalik pada tajuk, ramai kawan-kawan Syu yang baru mengandung tanya apa senarai barang yang perlu dibeli untuk menyambut kelahiran bayi? Em, penting juga untuk syu ni.! Syu bahagi-bahagikan list kepada tiga bahagian ya- Sangat Penting, Penting dan Kurang Penting.

SANGAT PENTING

Baju
Seluar
Sarung Tangan
Sarung Kaki
Topi
Barut
Napkin
Lampin Pakai Buang (saiz S)
Tisu Basah
Minyak Angin Elak Kembung (selalu syu beli Minyak Yuyi Cap Limau)
Selimut
Set Tilam & Bantal
Bauncinette / Enjut Bayi
Barangan Penjagaan Diri (krim ruam lampin, sabun, syampu, losen, minyak & bedak)
Pam Payudara
Botol Susu (untuk menyimpan stok susu badan)

PENTING
Putik kapas (untuk digunakan semasa membersihkan pusat bayi lepas letak ubat)
Tikar Tukar Lampin (pada syu, tikar ni juga certain keadaan boleh jadi Sangat Penting)
Kelambu
Besen Mandi
Katil Bayi / Baby Cot
Berus Botol
Termos
Kereta Sorong Bayi / Stroller
Kerusi Kereta Bayi
Bakul Pakaian Bayi

KURANG PENTING
Bakul Moses
Buaian Bayi
Beg Kelengkapan Bayi
Bantal Menyusukan Bayi
Bib
Tuala Muka untuk digunakan apabila bayi sendawa
Puting
Pemanas Botol

Ni hanya cadangan yang syu rujuk dalam majalah Pa&Ma. Syu pun secara keseluruhannya bersetuju dan memang itulah yang Syu sediakan sebelum ni cuma masatu belum ade proper list, so pandai- pandai sendiri. hihi. Cuma pada sesetengah keadaan, ia tetap bergantung kepada keadaan seseorang. Ok, Tahniah & Semoga kandungan anda semua sihat dan dilahirkan dengan sihat dan sempurna ya.! ;) 

No comments:

Post a Comment