Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Sunday, December 16, 2012

Artis Muslimah yang Paling Syu JATUH CINTA.!

Assalamaualaikum,

Kat Malaysia ni ramai artis- artis dan public figure muslimah yang terkenal. Syu pun tiba- tiba rasa nak share siapa kalangan diorang ni yang syu PALING MINAT sekali. Peminat Fanatik lah boleh dikatakan, hehe.

Wahhhhh, artis yang paling Syu minat of course lah WARDINA SAFIYYAH..!!!
Kak Wardina ni KAKAK syu tau.! hehe. Dia ni sangatlahhh cantik.. Cantik sangat! Hmm, syu minat Kak Dina sebab dia Cantik (hehe.), sebab dia seorang Ibu yang sangat pandai mendidik anak- anaknya, sangat lemah- lembut dan prihatin. Dia juga seorang yang bekerjaya yang syu juga teringin nak bekerjaya seperti dia- sebab tulah syu boleh kata Kak Dina memang Idola syu (Sayanglahhh Kak Dina.!). Syu suka cara dan gaya Kak Dina mengacarakan sesebuah rancangan. Dalam Kak Dina melalui alam kerjaya, dia seorang yang sangat tegas dan lantang mengenai isu- isu berkaitan agama Islam- memang respek. Dia juga seorang yang merendah diri serta pandai bergaya. Kak Dina pakai simple- simple pun dah nampak aura dia..

Syu terlalu minat Kak Dina sampaikan nama anak syu yang sulong, Nur Alisha Safiyya. 'Safiyya' tu adalah sempena nama Kak Dina- maksudnya wanita yang berakhlak mulia :)

Ok ok, seterusnya yang syu minat ialah.... IRMA HASMIE..!
Syu suka sangat dengan Irma Hasmie ni- juga salah satunya sebab dia Cantik.! hehe. Senang cerita tak puas tengok gambar dia kalau syu search kat google. Syu mengenali dan meminati Kak Irma sejak dia bertudung dan jadi salah seorang pengacara di TV Al- Hijrah. Syu suka tengok Kak Irma mengacara. Dia seorang yang sangat suka tersenyum dan senyuman dia nampak ikhlas sgt. Alhamdulillah pulak dapat husband pun sedondon dengan dia dan sama- sama menyokong perubahan Kak Irma. Lepas married pulak terus preggy (aha, gambar kat atas ni comel je Irma dah preggy, a bit chubby jugak).

Kak Irma seorang yang sangat positif pada perubahan yang dia buat. Dia tak toleh pun kebelakang. Semoga anak Kak Irma nanti juga akan bersemangat macam Kak Irma ok.!

Yuhuu.. dan seterusnya yang syu minat adalah PROF DR MUHAYA.!
Yearghhh, Prof Dr Muhaya adalah seorang yang sangat berjaya. Boleh dikatakan PRO-Ustazah- seorang Professional Ustazah (Pakar Mata). Dia bukan seorang yang berlatarbelakangkan bidang agama, tapi seorang yang sangat lantang dan tegas dalam membicarakan isu agama dengan penuh hikmah.

Syu minat Prof Muhaya sejak selalu dengar bicara dan nasihat- nasihat Prof Muhaya kat radio Ikim.fm. Sejak tu, syu sangat tersentuh dengan kata- kata Prof. Prof memang seorang Ibu yang sangat baik pada semua orang. Nasihat- nasihat dia sangat meresap dalam jiwa sebab syu yakin isinya juga datang ikhlas daripada hati murni Prof.

Ahaaa..., inilah 3 orang IKON MUSLIMAH yang syu sangat minati. Doakan- Semoga syu juga akan jadi seperti mereka. Ameen.

Thursday, December 06, 2012

I'm HOT. So Please Do Not Touch Me.

Assalamualaikum,

Tajuk cam HOT jek, haha. Anyway, just a sharing tentang Bersalaman dengan Bukan Mahram. =)
(Alahh syu ni, buat kecoh jeee dengan tajuk.) hehe.

Anyway, syu tiba- tiba rasa nak kongsi tentang isu ni. Actually, syu bukanlah seorang ilmuan agama yang layak bercakap tentang isu ni dengan mendalam dan tepat, cuma syu ada beberapa pengalaman yang nak dikongsi ketika zaman syu bergelar student dan bekerja.

ZAMAN PELAJAR

Masa zaman syu student UiTM dulu, syu dipilih oleh para mahasiswa untuk menjadi salah seorang Majlis Perwakilan pelajar (MPP). Dulu- dulu jadi MPP rasa macam dah hebat sangatlah tu. Hehe. Yelah, glamor laa dikalangan pelajar- pelajar..

Bila dah menang pilihanraya, dipilih jadi MPP. Lepastu, dipilih jadi Setiausaha Agong. Ikutlah Presiden kesana- kesini meeting. Selalu pergi UiTM Shah Alam dan event- event tertentu. Rasa bertuah masatu sebab dapat berkenalan dan duduk semeja dengan orang- orang penting negara macam menteri lah dsb. Connection pun banyak...

Apa yang syu tengok, makin tinggi jawatan, rasa macam makin tak kisah diorang ni nak bersalaman dengan yang bukan mahram. CUBA LAA TEGAS SIKIT.! Jawatan je besar tapi bab ni - Lembik.

Antara pengalaman, dulu syu pernah meeting dengan orang berpangkat besar, dia nak bersalam dengan semua orang. Syu awal- awal dah sembunyikan tangan kat belakang dan dah diri belakang- belakang pun. Tapi, bila sampai kat syu, nakkk jugak bersalam. Syu dah laa tertinggal sarung tangan kat hostel sebenarnya. So, syu pun just senyum dan tunduk saja, "Dato."

Dato' tu pun senyum sindir je kat syu. Syu pun buat taktau lah. Masa meeting, dia sindir syu kaw- kaw dalam meeting.

"Saya ni sekolah agama sampai darjah khas, pangkat 1. Kalau saya nak jadi ustaz pun boleh. Kenapa ada yang taknak bersalam dengan saya.? Saya bukan tak tahu hukum.!"

So, syu diam aje. Tak taulah kalau betul ada hukum, Tapi, SYU TAK RETI dan rasa ianya tetap satu KESALAHAN untuk diri syu.

Kalau syu pergi kemana- mana event yang besar (sebab selalunya event- event camni laa), memang syu akan standby sarung tangan sebagai langkah keselamatan. Rasa macam nak TAMPAR je lelaki yang selamba badak nak bersalam, lagi- lagi ME.LA.YU.


ZAMAN BEKERJA

Syu pernah bekerja dengan sebuah syarikat orang Cina. Masa syu datang Interview, alhamdulillah dia faham dan dia tak pun hulurkan tangan dia kat syu. Syu expect,"oh... ok lah cina ni.."

Syu pun dapat kerja tu. Bila dah kerja, dia keep on nak salam. Syu kata,"Sorry boss, Islam tak boleh bersentuhan tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Senang cerita, macam I dengan U lah.."

Ok laa dia faham. Tapi dia kata,"Kenapa U tak bagi I salam dengan U? U tengok that girl macam U juga Melayu tapi dia tak kisah pun salam dengan I..?"

Then, setiap kali dia salam dengan perempuan melayu, mesti die jeling berlagak kat syu. Lantak kau laaaaa..... Syu takkan salam dengan boss syu tu.

"Syu, U ni pakailah seksi- seksi sikit. Pakailah baju yang pendek and ketat- ketat, barulah U nampak ELLIGENT."

Fuhhh sepanjang bekerja, asek suruh syu pakai baju yang entah hape- hape. Tapi, syu tetap berTEGAS. Buat tak tau je laa... Sampai, lama- lama dia pun dah give- up.

KESIMPULAN

Apa pun, kita kenalah bertegas dalam bab ni. Kalau sekali bagi muka, MEMANG dia akan buat kesimpulan yang kita ni memang jenis yang tak kisah pun tentang hal ni. So, next time dia pun selamba lah and tak alert pun.

Kalau rasa- rasa kita ni MAHAL, cubalah elakkan. Kalau terpaksa jugak, pastikan berlapik- labuhkan lengan baju ke, lapikkan dengan tudung/ selendang ke, atau standby sarung tangan.

Kalau terpaksa jugak, hmm.. beristighfar lah banyak- banyak dan BERAZAM untuk tak buat lagi dan terus berTEGAS. Berdoa pada Allah supaya diberikan Kekuatan.

Tapi, kalau BERANI, cakap aje..,"Eh, awak ni kan Melayu- Islam. Takkan tak tau hukum yang kalau kita bersalam ni HARAM!" (Amekaw...!)

Nota: Biar Dapat Redha Allah dengan Kemurkaan manusia. Jangan dapat Redha manusia dengan Kemurkaan Allah.

Tuesday, December 04, 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Alisha)

Assalamualaikum,

Harini syu asek fikir tentang baby dalam kandungan aje.. Semalam 04.12.2012 baby genap 36 minggu. Hahh 36 minggu sudah..??? Woahhh...

Makin mendekat ke 40 minggu, perasaan tu makin berdebar- debar. Kalau anak pertama, tak kisah sangat sebab belum tahu lagi sakit bersalin tu macam mana. Masa syu first time nak deliver baby dulu pun relax je. Siap boleh rakam video dalam car on the way nak ke hospital- interview diri sendiri la konon- konon.

Tapi yang kali ni memang perasaan tu lain. Risau dan gelabah laa jugak. Orang kata, bersalin ni rezeki masing- masing. Ada yang mudah ada yang susah. Apa pun, syu yakin Allah pasti akan uji dan beri kita setakat mana yang mana kita mampu.

Kalau syu, syu rasa, bersalin normal dan sakit contraction yang macam first baby je lah yang syu mampu. Hmm macam mana tu..? Huhu.


FIRST TIME DELIVER (Nur Alisha Safiyya - 23 April 2011, Sabtu)

22.04.2011 tu last day malam tu mengajar tuisyen Math UPSR kat pusat tuisyen Taman Daya- sebab nak balik rumah parents kat Senai konon- konon nak get ready lagi 2 minggu tiba tarikh due. Yelah, apa- apa hal Ibu syu ade nak tolong kan, dah ade pengalaman..

Malam tu masa mengajar, syu mengajar kat student something la tentang no. 0, 1, 2, 3, 4. Balik tu syu bercerita kat husband tentang apa yang syu ajar kat student. Siap husband ajak makan kat kedai mamak- orang jawa kata, ngeteh ;P Seronok laaaa dating kan..

Syu rasa berkobar- kobar sangat masatu nak tunggu hari esok. Kenapa? Sebab esoknya ada Karnival Mahabbah Ikim.fm yang diadakan kat Johor Bahru. Teringin sangat nak pergi karnival ikim.fm. Tapi, lecturer syu kata,"Alaaa awak ni beria- ia je, entah- entah tak sempat nak pergi karnival tu dah terbersalin".

Then, jam 6.30 pagi esoknya tu, rasa contraction. Masatu syu call ibu, ibu kata, tu tanda nak bersalin. Syu sebenarnya tak tau pun contraction tu ape. So, syu buat tak tau je laa- ingatkan sakit perut biasa- biasa. Syu pun preparelah baju kerja husband, sarapan dia dan lain- lain.

Then, sakit tu makin lama makin kerap. Husband kata, "kawan abang kata ni sakit contraction nak bersalin". "Ye ke bang..? Habis tu, macam mana ni?"

Sempat messege member,"Weh, kalau aku terbesalin hari ni, tolong ganti aku pergi karnival ikim.fm tu ok! Lepastu cerita kat aku."

Syu pun ajak abang syu pegi balik Senai dulu, lepastu ajak ibu pergi hospital. Sampai rumah ibu, ibu pulakkk tengah ngeteh kat warong. Mak aihh masa tu memang da tak tahan sakitnya makin kerap.

Then, bertolaklah ke Hospital Kulai. Sampai kat emergency, jalan je masuk kat wad bersalin, taknak guna kerusi roda (ceh, berlagak laa konon). Husband pegi daftarkan nama syu kat kaunter.

Tiba- tiba,

"En. Farid Izwan ya..? Isteri awak dah bersalin.."

Mau tak terkejut husband syu. Tak habis register nama lagi dah bersalin. Alhamdulillah, begitulah ceritanya Alisha lahir kedunia- jam 10.11 pagi.. Uwekk uwek...! hehe.

Tarikhnya, 23.04.2011. Ahaaaa, semuanya nombor 0,1,2,3,4 kan? ;P

 
Alhamdulillah, pada syu bersalin anak pertama syu ni Allah permudahkan. Tapi, serius, tu aje lah yang syu mampu. Kalau dengar cerita ibu- ibu yang lain, boleh tahan.... Memang pengorbanan ibu mengandungkan anak 9 bulan dan melahirkan tu satu pengorbanan yang tak ternilai dan luar biasa.

Terima kasih Ibu....

Sunday, December 02, 2012

Zoo Johor, Johor Bahru

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 1 December 2012, kali kedua bawak Alisha pergi Zoo Johor.!

Actually, pagi tu syu pergi check- up baby kat Puteri Specialist, JB. Alhamdulillah, Dr. Laila kata baby sihat dan semuanya dalam keadaan baik. Cuma, kali ni Dr. Laila macam pasti tak pasti baby girl ke boy. Sebelum ni Dr. Laila dah 2 kali kata Girl. Apa pun ummi cuma nak anak ummi sihat dan sempurna je, ameen.

Em, lepas habis check- up, kitorang pegi Plaza Angsana JB- untuk solat Zohor dan makan- makan lunch. Tadaaaaa! Alisha menayangkan giginya.! (Gigi Alisha cuma ada 4, 2 atas 2 bawah.)


Lepastu, COMOT bagai lah Alisha lepas dapat makan ice-cream Chocotop ayah dia belikan. Lepas da comot- comot, kitorang pegi solat Zohor.

Ooooo Yearghhhh, Alisha ajak kitorang pegi Zooooooo! Nak tengok- T Tiger...! Aaaummmmm..... ;P (cewah, mak bapak plak melebay.) Semangat HARIMAU MALAYA ni..

(Alisha tukar baju yang dah comot dengan coklat)

Sesampai saja di Zoo Johor, Excited habis budak kecik ni- nampak patung Tiger.! Aaummmm...!!!

"Alisha.... jom kita masuk dalam.. Kat dalam ada macam- macam lagi..."

 
"Eh eh, baju burung merak ni sama macam baju Alisha lah.."

 "Zebraaaa....."
 "Here we go Looby Loo, Here we go Looby La.. Ni Looby Loo Alisha mamam carrot.."
(antara lagu favorite Alisha 'Here We Go Looby Loo')

 "Ummi dah penat..."

"Ayah ni, jangan amek Ribena alisha laa.."

Seronok sangat bawak Alisha jalan- jalan ke Zoo Johor. Alhamdulillah juga petang tu cuaca baik- tak panas dan redup je. Nanti lepas adik dah besar sikit, ummi bawak Alisha pergi sini dengan adik pulak ye..

Aha, untuk makluman, HARGA TIKET untuk masuk ke Zoo Johor ialah:

Dewasa : RM 2
Kanak- kanak : RM 1

Berbaloi- baloi kan..?

Nota: Terima kasih Ayah... Kitorang saaaaaayang sangat kat Ayah.! Nanti bawak kitorang jalan- jalan pergi tempat lain pulak eh..! =)
* Next destination : Melaka 14.12.2012. Hehe.