Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Thursday, December 29, 2011

Jom Gile Glamor (GG)

Assalamualaikum,

Morning- morning olls.! Kat ofis harini suasana sunyi dan sepi.. Maklumlah, akhir- akhir tahun semua habeskan AL- Annual Leave kan.. Ok laa lagi Akhir tahun, bukan Akhir Zaman ke....?

Sekarang ni dah nak masuk tahun 2012, lagi sehari je. Agak- agak ape azam baru ya? Apa pun, semoga azam tahun baru ini ada kaitan dengan Iman & Islam kita...

Syu tengok zaman nak berakhir dah, gempa- gempok dah meletop sana sini. Manusia? makin Meletoppp mak ngah.!

Semua orang nak jadi Glamor (sebenarnya tak lah semua tp ramai.). Ohh.. senang kata, nak jadi A.r.t.i.s. Nak namanya dikenali Semuaaa orang. Pastu, nak signnn....

Eh, No problem.! Nothing wrong. Tapi, masalah sekarang ni, glamor nya pada tempat mana?

Masuk program Realiti, lepastu dapat no. 1- Juara Akademi FF. atau Suara bukan sekadar Rupa. siap ada Idola Budak Kecik.! Dapat kereta mewah, lepastu boleh pakai cantik- cantik. Ohh kena Seksi- orang akan pandang kita 4 bijik mata tak kelip- kelip. Kena pakai ketat- ketat- barulah nampak bentuk badan yang cantik- padahal pakai korset. Kena pakai baju adik- supaya nampak segala yang Gebu- gebu- bini kat sebelah pun tak perasan, buat tak tau. Dapat duit, royalti Juta- juta.. Lepastu, semua orang nak amek gamba dengan dia..

Akhir zaman mereka Dijulang- julang.....


Syu kesian dan sedih sangat. Kalau pegi City Square (depan opis- sebab tu tiap- tiap hari pegi.) budak sekolah mak aih- hanya mampu terkedu sebab terkejut. Kalah makcik.

Kesian kat mak ayah yang membesarkan.. lagi- lagi ibu yang mengandungkan. Bukankah anak tu Saham Akhirat.? Kalau tak anak kita yang doakan kita, siapa lagi.?

Boleh nak jadi Glamor. No problemo. Nak jadi glamor- jadilah Ustaz/ ustazah. Ahaaa... menyampaikan Ilmu agama pada masyarakat. Dikenali kerana kebaikan. Jadilah artis Nasyid- menyampaikan dakwah melalui alunan Muzik- mengingatkan Hamba kepada Tuhannya. Jadilah pengacara TV- mengacarakan rancangan- rancangan Ilmiah yang menjaga batasan syariat, menyampaikan ilmu- ilmu dan hiburan- hiburan yang menyeimbangkan dunia & akhirat.


Bukankah ianya lebih Indah dan Harmoni..? :')

p/s: Impian saya....... 

Wednesday, December 28, 2011

Jodoh pertemuan

Jodoh bila dia nak datang, kalo tengok dia tak Hensem pun boleh jadi hensem.. Kalo tengok dia tak Lawa pun boleh jadi Cun sangat.! (tapi gamba kat bawah ni memang dua- dua lawa..)

Gambar ni hiasan aje ye..

Ada orang kata, perkahwinan itu Menakutkan? Really ke menakutkan? Mungkin sebab tiap- tiap hari dengar cerita kawan- kawan kat opis pasal gaduh- gaduh suami isteri ea..

Ehem, Takdalah.. mana ade takutnye... Tengok macam syu, Relaxx je? Ecececehh.. hehe.

Sungguh, perkahwinan itu sangat menyeronokkkan.! Bukan saja bagi menghalalkan antara keduanya, ada banyakkk manfaat dan PAHALA yang kita dapat bila melayari alam berumahtangga ni..

Then, bila dah berumahtangga, ade rezeki you will be mummy or daddy! Sweet kan ada anak sendiri.? 


Inilah makna ucapan "Selamat melayari kehidupan baru.!" Kemudian, sama- sama mengemudi rumahtangga dengan sepenuh cinta kerana Allah swt dan Kekasihnya Rasulullah saw..


Kenapa perlu takut nak mendirikan masjid? Meh.. dirikan masjid ramai- ramai... Banyak pahalo.. <3

p/s: kalau pi Masjid, rajin- rajin hulur RM 1. Seposen pun jadilah.. Pahalanya sampai dah dalam kuboq pun pahala tak habes Allah bagi. InsyaAllah  :)

Tuesday, December 27, 2011

Saya pencinta Shawl

Syu ni pencinta Shawl & Pashmina. Tak kesah laa ape jenis Shawl syu suka. Hehe. Kalo ade sape2 nak bg hadiah, boleh bagi hadiah Shawl.! Tapi, nak pakai ada perasyarat.


Bila tengok awek ni, macam syu jugak- sama tak?

gamba ni bagi korang tengok size kecik je sebab segan.

Nanti kalo ade ruang, syu ajar macam mana nak gayakan Shawl yang 'pendek' tapi boleh diLabuhkan menutupi dada.. Barulah nampak lebihhh cantik.. kan, kan, kan.?

p/s: nak pergi Kota Tinggi, shopping baju kurung and tudung murah2.! Tunggu gaji- bila nak masuk?

Baby Alisha 8 bulan

Yehaa! Alhamdulillah, baby Alisha dah genap 8 bulan 23 Disember lepas (sbb lahir 23/ 04/ 2011).
Ni la baby Alisha dengan hot ummi.! hehe.

Montel tak saya?

Baby Alisha dah 8 bulan (sebenarnya gamba ni masa 7 bulan lebih. belum 8 bulan.), baby dah pandai guling- guling, cakap- cakap, dia asek bercelotehhh aje. Main walker dah lasak mak aih... pegi dapur tolong ummi masak lagi tau.

Aha, entry lepas ni syu masukkan gamba- gamba baby Alisha yang semakin membesa. ;)

p/s: bilalahhh jam ni nak pukul 6. Ummi nak balik rumah, nak jumpa Alisha... =(

Monday, December 26, 2011

Dinner Masquerade

18 Disember lepas pegi Dinner Kolej Cosmopoint, Jb (tempat kerja saya lah.) Temanya Masquerade.! Topeng lah konon- konon. Aha, nak tengok tak Masquerade saya?!

Taadaaaa!

 Eh, suka hati saya lah kan? Saya suka... <3

Tapi syu tak suka makanan dia. Tak sedap sangat dan rasa makanan tak sampai klimaks pun. Makan mee goreng mamak lagi sedap.! Lesap 30 hengget!

p/s: Korang keja pi annual dinner ade tak kena bayar?

Rindu kat Mekah

Ehem, rasa rindu sangat- sangat kat Mekah. (walaupun memang tak pernah pergi. Tengok gambar je.) Rasa rindu sampai rasa nak tergugur jantung niy.


Seronoknya peserta- peserta rancangan Realiti Solehah semua dapat pi Umrah tahun depan bulan Mei. Padahal syu dapat sertai program realiti tu cuma tak dapat pegi sebab memikirkan baby Alisha masih kecik lagi time tu. So then terpaksalah tak pegi. Think positive! mungkin rezeki pi umrah dan grab ilmu2 kat sana untuk orang lain.

Nak pegi Mekah!!!

p/s: nak kumpul duit tp duit mengalir macam air.. Ada sape2 nak seponser? ;P