Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Thursday, November 29, 2012

Gambar Baby Alisha dari Lahir hingga Setahun 7 Bulan

Assalamualaikum,

Baby Alisha lahir pada 23 April 2011 - anak sulong kami.

InsyaAllah, no Dua sedang menghitung hari untuk melihat Dunia. Kemudian plan lepas graduate Degree nak further anak no Tiga. Lepastu no Empat. Lepastu nombor 5... ;P Wahhhh banyaknyaaa... Kalau ada rezeki apa salahnya yer tak..?

Mentang- mentanglah sekarang ni kamera digital, tak main dah kamera pakai- pakai filem. So, ambil ajelah gambar bila- bila masa yang kita suka. Lepas transfer dalam comp, lama- lama kena virus- hilang.

Untuk mengelakkan hal ni terjadi, syu nak buat Entry ni- sampai bila- bila pun syu boleh tengok. :)
Jom CUCI MATA tengok anak syu....

NUR ALISHA SAFIYYA BINTI FARID IZWAN

 Hari Pertama Kelahiran
3 Bulan

4 Bulan

5 Bulan

6 Bulan

8 Bulan

9 Bulan

10 Bulan

 
 
 11 Bulan

Setahun

 Setahun 2 Bulan

 Setahun 3 Bulan

 Setahun 4 Bulan

 Setahun 5 Bulan

 Setahun 6 Bulan

 Setahun 7 Bulan

saat engkau tertidur ..
kupandangi wajahmu ..
masih inginku mendekatmu ..
masih inginku menciummu ..

tak pernah kusadari ..
waktu cepat berlalu ..
kini engkau menjadi besar ..
kini engkaulah harapanku ..

tumbuh-tumbuhlah anakku ..
raihlah cita-citamu ..
 jangan pernah ragu .. sayang ..
doaku selalu bersamamu ..
membuat aman dihidupmu ..
selamanya...

Ummi dan Ayah sayang Alisha - anak Solehah penyejuk hati Ummi dan Ayah

Wednesday, November 28, 2012

Buat Muslimah

Assalamualaikum,

Muslimah. Syu juga adalah Muslimah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Kalau dulu zaman single, lebih banyak dapat luangkan masa bersama rakan- rakan. Kalau pilih rakan- rakan di masjid universiti, maka pergaulannya juga akan terarah kepada kebaikan. Kalau bergaul dengan golongan kepimpinan, maka juga akan terarah kepada kepimpinan.

Sekarang, sudah dalam dunia kerjaya. Sambung pengajian pun separuh masa. Uruskan rumahtangga dan anak- anak. Dah tinggalkan sahabat- sahabat di universiti dulu. Nak tak nak, rakan setempat kerja ada bermacam ragamnya. Rakan seuniversiti pun jumpa masa attend kelas saja. Sekarang semuanya dah berubah, dah menginjak ke zaman dewasa. Lagi- lagi syu yang fresh graduate terus berumahtangga dan menjadi ibu. Agak culture shock juga..

Cabaran nak mengekalkan Iman tu makin lama terasa makin hebat. Bila terkenangkan zaman belajar, rasa rindu sangat- sangat. Sekarang pun begitu, kebahagiaan sudah dilalui bersama yang lain - keluarga, suami dan anak- anak.

Tapi, nak tak nak, kehidupan ni begitulah. Setibanya di sini, suatu masa nanti kesana pula. Dah kesana, kesanaaaa pula. Ya Tuhan, terasa betapa kerdil diri ini dihadapanMu. Walau kita lupa pada Allah, nikmat yang dikurniakan tak juga putus- putus.

Apa pun, kemana pun kita melangkah, kita tetap berpijak di bumi Tuhan. Diri sebagai Muslimah ini harus dijaga sebaiknya mungkin.

Sebaik syu dengar titipan lagu Muslimah by Ustaz Nazrey, meremang rasanya seluruh badan ni..

Bait- baitnya.....

Oh muslimah, Allah cinta kepadamu, Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah, Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah, Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu, Rendah hati
Oh muslimah, Busanamu menutup rapi, Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah, Kau rajin memuji, Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah, Memandangmu menyejuk hati, Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi, Tulus hatinya
Oh muslimah, Kecantikan yang sebenar, Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu, Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah, Kau masuk ke syurga, Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu, Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah, Kau rajin mengaji, Islam kau jadikan, Ikutan sejati

Nota: Ya Allah, kuatkan hati untuk memperbaiki diri ini......

Baju Nikah

Assalamualaikum,

Kalau nak pergi Dinner, mesti pening kan nak pakai baju apa. Tapi, untuk syu tak susah pun, sebab, setiap kali pergi dinner je, pakai Baju Nikah. Haha.

Aha, kenapa pakai Baju Nikah? Yelah kan, daripada baju tu duduk terperap dalam almari (sebab husband tak bagi jual. Lagipun, ni kan kenang- kenangan...), jadinya, pakai aje lah.. :)

So, syu dah pakai 3 kali Baju Nikah ni.! Hehe.

FIRST time pakai, haruslah masa nikah...
Style tudung: Biasalah, tudung pengantin....


Kali keDUA, dinner masa kerja kat Cosmopoint College, JB.
Style tudung: Tema Masquerade.!  Tapi syu pakai ala- ala purdah. Takmo ah pakai topeng- topeng.



Kali keTIGA, dinner kat tempat kerja sekarang.
Style tudung: Veils cover ala- ala tudung Syria...



Tapi, lepasni kalau nak pakai lagi, kena tukar design lah. Orang dah kenal sangat baju ni kot agaknya.

Nota: Sekali- sekali merasa zaman baru- baru nak berumahtangga ape salahnya. Pakai baju ni pun boleh dapat feel ape...

Tuesday, November 27, 2012

Legoland @ Nusajaya, Johor

Assalamualaikum,

2 September 2012 - Husband dapat tiket free ke Legoland, Nusajaya JB untuk 5 orang. Haruslahhh betapa terujanya nak pergi kan.? Korang ade ke dapat tiket free? Ade? Ade? Haha, belagak laa sangat konon. Rezeki.. ;)

So, sempena masa tu angah baru lepas accident, masih lagi kat hospital sedang dijaga ibu. So, adik- adik syu - Izul yang nak SPM dan Ayu yang nak UPSR masa tu syu ajak la pergi LEGOland, konon- konon sebagai semangat laa untuk belajar dan amek periksa :)


Cuaca mak aih, panasnya boleh tahan - jam 3 pm. Pokok pun baru je ditanam. Atap- atap pun tak banyak lagi. Memang lah panasss bagai.

Dalam Legoland tu ada macam- macam permainan- yang sesuai untuk kanak- kanak.! Hehe. Untuk dewasa orang kata, tak thrill lah.... Tapi, tempatnya memang cantik, seronok, selesa dan selamat untuk kanak- kanak. Kalaulah alisha dah besar sikit kan best...



Tapi, sebagai seorang yang remaja (masih remaja ok..!), bangunan- bangunan terkenal yang dibina menggunakan LEGO amat- amat syu kagumi. Memang cayalahhh orang Malaysia boleh bina benda unik macam ni.! Sampai berpinar- pinar mata syu sebab kagum sangat. Creative habis.!










Diorang bina semua bangunan ni menggunakan LEGO yang punyalah kecil sangat- sangat, dan LEGO- Lego tu dicantumkan dengan penuh TELITI sampai terbina bangunan- bangunan macam yang korang tengok kat atas ni. Cayaaa lah!

Then, petang tu kitorang Solat Asar. LEGO Ibu dan anak (dibina kat depan Surau..)


Emm, harap- harap dapat tiket Free lagi lah ea, baru boleh pergi lagi. Kalau tak, takde maknanya.... MAHAL.

Nota: Kalau anak dah sekolah rendah, seronok bawak pergi sini. Lagi best beli tiket yearly sebab boleh masuk hari- hari, lagi- lagi kalau rumah dekat area Nusajaya. Tapi, beli time ade promosi lah. Canggih budak- budak sekarang, dah tak pergi playground, pergi LEGOland. ;P

Expo Buku Islam di Galeria @ Kotaraya, JB

Assalamualaikum,

Kelmarin 26.11.2012, syu with husband dan alisha & lil baby dalam perut ni ke Expo Buku Islam kat Galeria @ Kotaraya, JB. Kotaraya ni belum ada banyak kedai yang dibuka, cuma bangunannya baru saja direnovate dan nampak sangat cantik and cool daripada sebelum ni.



Syu excited sangat- sangat nak pergi walaupun sebenarnya agak letih juga badan ni. Hee. Kenapa? Sebab..... syu nak jumpa kawan- kawan syu masa belajar kat UiTM Segamat dulu.! ;) Semuanya bestfriend syu.

Tadaaaa....!


Cak.! Inilah dia. Bermula daripada awek muslimah yang kiri sekali:

Rabiatul Hasanah - amboi amboi.. dah anak dara eh sekarang.! Bertugas sebagai Master of Ceremony (MC) kat expo ni. Ada ciri- ciri nak jadi DJ Ikim.fm ni.! Kira anak didik syu laa ni masa kat U dulu (konon aaaa...). Makin hebat kawww, jadi MC kat expo.! Syu ni jadi MC kat tempat work je..

Amy - Wahhhh, kau sudah semakin bersemangat kental.! Biasalah amy ni rajin bebenar. Untung Sinergi Ilmu recruit amy ni. Kitorang sama- sama  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) masa kat UiTM dulu..

Myza - Ish ish ish budak ini.... Myza ni dulu roommate syu masa final semester. Sebenarnya syu yang main belasah je duduk bilik dia. Moment yang tak boleh lupa- kitorang SUKA makan biskut cicah air milo sama- sama kat bilik berdua- duaan, haha. Sampai sekarang kalau minum air milo cicah biskut, mesti teringat kat myza.

Nur - Budak masjid yang sopan lagi ayu. Ceh, nampak je ayu, kalau melawak pun boleh tahan.. hehe. Aktif dia ni kalau buat aktiviti- aktiviti kerohanian masa student dulu. Dipraktikkan la sekali bila dah kerja.

Wahhh rasa teruja betullah dapat jumpa korang semua.! Oh ya, diorang ni semua masih single tau, cuma tak taulah available ke tak. Yang itu kena tanya empunya badan sendiri.. ;P

Nota: Thanks husband sebab bawak syu pergi sini nak jumpa kawan- kawan. :)

Tuesday, November 20, 2012

Berumahtangga Di Usia Muda

Assalamualaikum,

Aha, sebenarnya tiba- tiba rasa teruja tentang pernikahan Farid Kamil, 31 dan Diana Danielle, 21. Tahniah syu ucapkan buat kedua- dua mempelai ni. (Baru baca majalah Wanita - diorang jadi cover )

Dan, lebih- lebih teruja lagi, Diana dah pun hamil.! (Wah, mak kepoh la syu ni. Rasa macam dalam melodi pulak nak gosip- gosip. hehe.)

Apa pun, cantik Diana Danielle bertudung masa nikah. Makin menyerlah- nyerlah kesopanannya. Buat Diana Danielle, selamat melayari alam rumahtangga. Samalah kita, tak sesempat nak honeymoon lama- lama, dah nak dapat baby. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya. Bertuah tau Diana.!

-Kasih Sayang Seorang Suami Buat Isterinya-

Tapi, kiranya... Syu dengan husband pun ada persamaan what dengan diorang. Ahaks.! Nak jugak sama dengan Ertis. ;P

Nama husband pun Farid juga, tapi.. Farid Izwan.. ;P and..., masa syu nikah, syu pun umur 21. Abang Farid pulak masa tu umur 30. (Heee kira lebih kurang laa tu kan..)

Apa pun, syu panjatkan setinggi- tinggi syukur pada Allah swt. Kekadang orang kata bila berumahtangga awal ni, rugi - sebab tak dapat enjoy puas- puas. Tapi syu rasa sebenarnya syu yang paling beruntung sekali.

Allah memang sangat baik pada syu. Syu dianugerahkan suami yang soleh dan sempurna, handsome lagi..! ;P dan terus dikurniakan cahaya mata. Malah Allah tambah lagi permata hati dalam keluarga kami yang dah pun sekian 8 bulan dalam kandungan.



Alhamdulillah, Syukur Ya Allah atas hadiah dan anugerah yang bertimpa- timpa.

Tahniah buat semua pengantin baru! Semoga berbahagia hingga Syurga.. Syurga Cinta <3

Nota: Romantik lah konon syu ni. Eh2, haruslahhhh.........