Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Tuesday, January 07, 2014

Pembangunan Kerjaya Wanita Solehah

Assalamualaikum,

Seorang Wanita secara fitrahnya Allah swt ciptakan adalah seorang yang pemalu, cantik, lemah-lembut, penyantun dan halus perasaan. Wanita juga bertindak sebagai seorang ibu, pendidik, isteri. Dan, ditambah pula sebagai seorang yang bekerjaya.

Introduction yang sangat SKEMA sekali. hihi. Macam copy paste dari buku.

Hm, semuanya dah sedia maklum kan yang wanita sekarang ni dah semakin berperanan mencakupi seluruh kehidupan - bidang ekonomi, politik dan sosial serta institusi keagamaan. Tak sama macam dulu, pada masa kini, ibu bapa sangat menekankan kepentingan pendidikan kepada anak-anak termasuk anak-anak perempuan. Hasilnya, haa.. wanita sekarang ni memang sangat ramai yang berpendidikan tinggi dan perlu menyumbangkan kebolehan dan keupayaannya dalam membangunkan individu, keluarga, masyarakat dan negara. (macam menteri pembangunan wanita pulak rasa.. hihi.)

Apa pun, dalam pembangunan kerjaya seorang wanita terutamanya bagi yang sudah menjadi seorang isteri, ingin Syu kongsikan beberapa perkara yang sangat penting dalam pembangunan kerjaya seorang wanita yang Solehah.

Pertama: Tugas Hakiki & Asasi

Ini bermaksud tugas kita pada agama kita - Islam. Contohnya, solat, puasa, zakat dan sebagainya. Kalau tugas- tugas ni tak sempurna, maka rugilah kita bekerja dengan penat lelah setiap hari. Hasilnya? semuanya terbatal - tiada hasil langsung. Jadi, ingat.. tugas yang pertama ini sangat- sangat penting supaya pekerjaan yang kita lakukan ada ertinya dan bermanfaat. Paling penting, boleh claim sebagai Saham Akhirat.!

Kedua: Tugas yang Utama

Tugas yang utama ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Minor dan Major. Minor ni yang mana seorang wanita bertindak sebagai satu komponen kecil dalam keluarga - bergelar seorang isteri, ibu dan pendidik. Manakala, untuk Major pula bermaksud apabila seorang wanita memainkan peranannya secara satu sistem mencakupi seluruh bidang hidup - bergelar wanita bekerjaya, ahli politik dan sebagainya. Wanita kena terus ikhlas lillahi ta'ala dalam melaksanakan kedua-dua tugas utama ini. Percayalah, Allah akan bagi balasan kebaikan berlipat-ganda terhadap segala pengorbanan kita samada di dunia atau diakhirat kelak kalau kita niat kerana Allah. Mesti kena Yakin dengan Allah dan berdoa.

Soalan dari Rakan

Ada yang bertanya, bagaimana seorang wanita yang ingin membangunkan kerjaya terutama apabila bergelar seorang isteri, ibu dan sebagainya apabila menghadapi cabaran seperti suami tak izinkan bekerja ke, sambung belajar ke atau sebagainya?

Hmm, dalam pembangunan kerjaya ni, REDHA SUAMI sangat-sangat penting. Tanpa Redha Suami, tak berkat kita kerja tau. Syurga seorang isteri kan terletak di bawah tapak kaki suami.

Nak cerita sikitlah pengalaman syu tentang ni... boleh..? :)

Syu pada asalnya dulu bukan nak jadi HR Practitioner, tapi syu nak jadi Pengacara di TV/Radio Islamik - TV Al Hijrah atau Radio Ikim.fm (cewah.!) Ada banyak sebab kenapa syu nak jadi Pengacara Islamik ni, antaranya nak mendalami ilmu agama dengan orang-orang hebat dalam bidang agama sebab peluang nak bersama dengan mereka sangat luas. Namun demikian, syu tak beritahu tentang cita-cita syu ni semasa syu dilamar pihak suami. Yang syu beritahu cuma- syu nak sambung belajar.

Tapi, bila syu dah married, Alhamdulillah, husband memang sangat-sangat support syu sambung pengajian di UTM Skudai. Tolong jaga anak, pengorbanan kewangan dan banyak lagi. Husband syu memang seorang yang sangat tidak berkira.

Cuma, untuk Pembangunan Kerjaya. Nak jadi Pengacara? "NO". Dapat dah finalis dalam satu rancangan realiti TV Islamik - Abang, syu nak pergi? Ni impian syu dari dulu... "NO". Abang, syu nak pergi interview ni untuk mengacara, diorang panggil syu datang... "NO". RTM panggil interview penerbit rancangan "NO".

Oh my... Frust GILE...! Ni impian syu sejak umur 17 tahun dan sentiasa develop potensi diri sendiri dalam bidang ni hingga ke universiti, mau tak frust melalak..? (sampai sekarang sebenarnya frust. hahaha. jangan bagitau dia eh..)

Tapi, Yes, kena fikir positif. REDHA SUAMI dan ada Hikmahnya kenapa suami tak bagi jadi pengacara. Sabar dan terus sabar sampai beberapa tahun. Maka, akhirnya berjalanlah syu sebagai seorang HR Practitioner as advised by husband lah. Sejak tunang dulu dia memang suka syu pilih bidang kerja HR - siap carikan kerja lagi..

Sekarang alhamdulillah, syu dah nampak banyak kebaikan jadi seorang HR Practitioner, rasa lebih sempurna untuk diri sendiri, suami dan anak-anak...

Jadi, ingat. REDHA SUAMI... ;)

No comments:

Post a Comment