Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Friday, July 08, 2011

hidayah

Bibik Filipina: Bu, kenapa bila tiap kali adik nk makan, masuk tandas atau buat ape pun, adik tadah tangan dan baca2?
Ibu: Dlm Islam, tiap apa yg kita lakukn, kita mulakn dgn Basmalah atau Doa, mohon pd Tuhan agar dikurnia kbaikn stiap apa yg kami lakukan.
Lalu, bibik tu pun masuk Islam. Adik tu bru 4 tahun.


"Hidayah itu milik Allah dan hanya Dia yg berhak mngurniakkannya pd siapa saja yg Dia khendaki mlalui plbagai cara."

Tuesday, July 05, 2011

Syu mengamuk!

Syu tak pandai marah. Sape pernah tengok syu mengamuk? Bagitau, bagitau! hehe.

Mengamuk ranking:

1. masa form 5, sebab platon kadet polis syu buat silap masa pertandingan kawad kaki. (dulu syu sarjan kadet polis.)
2. masa semester 2, sebab ada kawan syu buat tak elok(maksiat), tapi jumpa syu banyak kali setiap kali menyesal. Tapi, kali ke 4 dia tak bagitau syu & syu dapat tau dari orang lain. mengamok la syu.
3. bila... dikecewakan.


*TIGA kali je. SABAR itu INDAH. Ganjarannya Syurga tau! :)

Monday, July 04, 2011

Kak Wardina Idola saya

Syu minat sangat Kak Wardina Safiyyah. She was my Idol! =)

Nama baby syu, Nur Alisha Safiyya. Safiyya? Aha, memang time pregnant sangat minat K. Dina.. Amek nama belakang je pun ok. =)

Safiyya: Wanita berakhlak mulia ♥

Mengata baby?!

Baby ni dilahirkan suci, bersih.. Takde dosa... Memang ciptaan Allah yang sangat cantik.

Tapi, perasan tak? Kadang2 bila orang datang tengok baby baru lahir, tak pun neneknya sendiri, saudaranya sendiri, pakciknya sendiri..:

Bila tengok baby gelap sikit,"Nape hitam ni sayang..." Hitam? Memanglaa budak kecik tu masih gelap kemerah2an lagi.. kan dia baru kluar dunia.. mukanya masih bengkak lagi... Kan lagi molek kalau kita cakap..."Cantiknya sayang.. maniss comel......!" Doa tu tau!

Bila tengok baby takde alis,"Nape sepet ni sayang...." Sepet? Memangla sepet, kadang2 budak kecik kluar2 belum ada kelopak mata lagi... lama2 nanti baru kluar kelopak matanya.. Kan lagi molek kalau kita cakap.."Bulatnya mata.. cantik macam mata ibu dia...."

Bila tengok hidung baby pesek, "Nape hidung sayang penyek niy..." Bila baby tu tiba2 menangis..," eh2, marah yaa orang kata hidung dia penyek... hehe," Punyalah kesian ibu yang susah melahirkan anak tu dengar macam tu.. Memangla hidungnya pesek lagi... budak tu kecik lg.. nanti dah besar sikit baru nampak batang hidungnya....
Kan lagi molek kalau cakap.."Mancungnyaaa hidung sayang.. macam ayah dia laa..." Sedappp hati ayahnya mendengar.....

Kadang2 kita tak perasan kita cakap macam ni bila datang melawat ibu yg sedang berpantang n tengok baby.. Jadi, kalau lepasni ziarah baby, PUJI, PUJI dan PUJILAH... Korang sebenarnya memuji Ciptaan Allah.. Gembira rasa hati ayah dan ibu baby tu bila mendengar pujian untuk anak diorang... =)

Nasihat bg yang nak menikah

Bercintalah kerana Allah kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali bila bertembung dengan masalah dalam hidup berumahtangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti.." ♥

Tips Suami/ Isteri tak bleh merajuk lama2

Tips kebahagiaan Rumahtangga:

Buat Sesuatu yang menjadi KEBIASAAN bersama tiap ari. contohnya?
Tiap pagi sebelum suami pegi keja: salam, cium due2 pipi suami, cium dahi.. suami pun kne buat benda yang sama kat isteri. hug kejap 5 saat (blh awet muda tau!) cium bahu die.. wat ngn peno kasih sayang.. KENAPA? sebab bile korang terMerajuk ke, salah faham ke, korg tetap kne buat camni tiap ari..haha! dan, pasti korang akan tertunggu2 kan dia. takmo la gado2! ♥

Jom kita bercinta!

Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drpd Tuhannya yang berfirman:
"Çinta-Ku berhak utk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak utk org yang saling tolong- menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak utk org yg saling berkunjung kerana-Ku. Org yg bercinta krn Allah brada di ats mimbar drpd cahaya dlm naungan Arasy pd hari yg tiada naungan kecuali naungan-Nya."
(Riwayat Ahmad)


Jom kita berCinta! ♥

Istidraj?

Topik 'tanyalah ustaz tv9': ISTIDRAJ? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasullulah s.a.w. bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Jadi, sentiasalah kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.

Nikmat proses menjadi Ibu

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.....Alhamdulillah...♥
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.....Alhamdulillah....♥
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya......Alhamdulillah....♥
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah......Alhamdulillah.... ♥

S.a.b.a.r

"SABAR itu ganjarannya SYURGA"

Yakin, yakin, yakin dgn Sepeeeenuh HATI. Sungguh... "SABAR itu INDAH...." Seriussss...! :) ♥

Cinta High Class

Syaitan suka berkeliaran dlm rumahtangga. Kenapa? kerana rumah kita jadi KUBURan, bukan jadi MASJID!

Suburkan amal2 soleh dalam rumah ok! :) ♥ Semoga Cinta anda HIGH CLASS! ;)

Ape itu Cinta?

'Cinta bukan hanya kata2 tp Perbuatan'.♥

Don't say "you Love me" kalau you tak jaga I betul2..! takde maknenyerrr... X(
Percayalah wahai lelaki, kalau korang tak pandai 'ngorat' isteri korang macam masa korang bercinta dulu, nanti rasa 'sayang' dia statik je.. graf tak naik2..

*Petikan drpd Al-Kuliyyah.

Untuk peggy woman

Untuk ibu2 mengandung, dari sekarang, selalu dengarkan Yasin/ nasyid/ asmaul husna/ zikir kat Baby (pasang earphone kat hp, letak earphone kat perut) and both pa & ma kerap ngaji sama2 kat baby. InsyaAllah, baby tak banyak meragam & senang jaga bila dah kluar nanti! :) ♥

8P Tips kebahagiaan rumahtangga

‎'8P' Tips kebahagiaan rumahtangga:

1. saling Puji- memuji(masakan walaupun tak sedap sgt/ ucapan terima kasih)
2. kerap Peluk setiap hari(boleh pnjg umur tau! peluk lama2 sikit..)
3. Penghargaan(bagi hadiah, ucap terima kasih..)
4. Perhatian(selalu ambil berat..)
5. Persefahaman(bertolak- ansur & memahami kerjaya)
6. menjaga Pergaulan(takut2 cemburu laa...)
7. merancang Percutian(berdua je..)
8. Permohonan(doa pada Allah moga diutuhkan kasih- sayang) ♥

Selamat mencuba! ;) ♥

Suami Dayus?

Suami yang DAYUS tak dapat cium bau Syurga!

Jadi, kalau isterinya TAK tutup aurat, TAK solat, TAK puasa, jangan dibiarkan aje.. TEGUR ok!

Nak cari jodoh? Senang je

Sape nak cari Jodoh?! Sape? Sape?

Letakkan 2 ciri ni sudaa...
1. Agama (co: solatnya tak tinggal.. mengaji.. dll)
2. Akhlak (co: baik budi pekerti, penyabar, tolak- ansur.. dll).

Kalau ada dua2 ni, PASS! :) ♥

Kekuatan Lelaki & Perempuan?

Kekuatan Lelaki pd TENAGAnya. Kekuatan Perempuan pd JIWAnya.

Setuju tak? Setuju tak? ;) ♥

Kalau isteri bersalin?

Tips kebahagiaan rumahtangga:

SUAMI! kalau isteri besalin, amek cuti kerja paling kurang seminggu demi Isteri tercinta korang. Apa gunanya? Bukan lepak rehat kat rumah.. dampingi Isteri tu! Isteri besalin bukannya senang, banyak urat2nya putus. Lepas besalin, dalam 2 minggu memang isteri susah nak gerak sana- sini renyah2, sakit.. nak susukan anak, uruskan anak lagi.. tolong isterinya ya! Isteri tak kan bagitau korang tapi paham2 sendiri sudaa..

Selamat dapat baby! :) ♥

aktiviti suami isteri

Tips kebahagiaan rumahtangga:

SERONOKNYA tiap2 hari ngaji sama2. tak kisah 1 mukasurat aje pun takpe janji konsisten. SERONOKNYA baca mathurat tiap kali lepas Subuh & Asar. mesti korang akan rasa kesannya. ♥

Kebahagiaan manusia

Ade 4 perkara yang mmberi kebahagian kepada manusia (hadis sahih riwayat Ibnu Hibban):

1. Isteri yang solehah
2. Rumah yang selesa
3. Kenderaan yang baik
4. Jiran tetangga yang baik.

-> Beruntunglah kalian wanita solehah krn mnjadi salah satu punca kbahagiaan manusia! ♥

Kaitan Iman & Akhlak

Muhammad Al Ghazali: "Bila Iman masuk, ia merubah perwatakan manusia".

A ha! Inilah kaitan Iman dan Akhlak..! Bila kita ada iman, akhlak kita insyaAllah ok.. Tapi bila akhlak tanpa iman, (contoh: orangnya baik tapi tak solat..) Sia- sia lah.... Rugi kan?

Saling ingat- memperingatlah sesama kita ya! ;) ♥

Wanita suka cantik aje

Wanita mmg suka pada CANTIK.

Nak cantik? tak salah.. takde sape kata salah pun.. Nak pakai tudung belit2? boleh... tp kene lah labuh menutupi dada selendangnya.. Nak pakai kemeja/ t-shirt/ blouse? boleh... tp kena lah tutup punggung. Nak pakai jeans? ohh boleh... tp janganlah ketat2, beli yang longgar..! (syu seumur hidup baru bulan lepas 1st time beli jeans. patotla ramai sgt org pakai ketat, takde size! geram sgt. kene beli yg betol2 longgar pinggang baru sedang2 kat kaki..) lg, Nak tunjuk rambut panjang? ohh boleh... kat suami je.. tak perlu rasanya sanggul tinggi2 atau trend skrg pakai scarf siap2 sanggul tiruan.. Nak pakai jubah muslimah? lagi bagus... tp janganlah yang melekap habes2 kat badan...

Ape kes? Ce cite.. ce cite...

Isteri dapat 1/2 pahala suami bila?

‎"Isteri akan dapat separuh pahala suami yang pergi solat berjemaah."

Seronok kan..? :) ♥

Mathurat!

MATHURAT! Korang tau ape itu mathurat? ahaa pegi carik kat kedai buku2 agama.. RM 1 je sekeping. Amalkanlah setiap hari lps Subuh & Asar. SEPULOH MINIT je! lepas da amal, hafalkan.. nanti boleh baca2 sambil bawak kreta ke, kemas rumah ke, lipat kain ke, layan baby ke.. Hayati maksud bacaan al- mathurat tu, disertai niat ikhlas berdoa pd Allah swt. MESTI korang akn rasa kesannya.

Kalo tak pecaya, try lah! Lifetime warranty! ;) ♥

Bau Baby

‎"Bau baby ni bau dr Syurga..."

Cuba korang cium baby.. walopon da masyam, tetap sedap gak cium baby kan?

mwah3 kat baby alisha ummi anje niy..! ♥

*credit to ust haslin hindustani.. hee.

Kenapa Nota Solehah?

Assalamualaikum.

Wujudnya Nota Solehah sebagai antara medium untuk syu menyampaikan sesuatu pada kawan2 semua.

Sabda Rasulullah: "Sampaikanlah pesananku walaupun 1 ayat"

Syu bukanlah ahli agama, penghafal hadith, ustazah. Tp cuma nak menyampaikan sesuatu yang syu tahu walaupun amatlahhhh sdikit.

Sebenarnya, syu suka letak kat FB quote2 pesanan, pastu kawan2 Like, Like, Like. Hee.. Tapi lepastu seiring perjalanan masa, dah oldest dest dest status... Camne laa nak carik kan.. So, syu kumpulkan kat sini supaya ramai lagi yang boleh baca dan syu pun boleh recheck. :)

Ringkas dan mudah difahami kawan2. insyaAllah :)