Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Thursday, June 06, 2013

Tips perut cantik dan tak menggelebeh selepas bersalin

Assalamualaikum..

Masa anak dara, baru berumahtangga, perut perempuan yang ramping- ramping ni cantikkk aje. Kalau baring tu, siap berlekuk perut. Tapi bila dah mangandung, perut meregang dan mengakibatkan perut agak menggelebeh selepas bersalin.

Kalau anak pertama mungkin masih ok lagi, tapi bila dah masuk anak kedua, memang agak nampak kegelebehannya kan?

Sebenarnya, senang je nak 'rata'kan balik perut tu. DUA BENDA ni mesti kena pakai:

i. Bengkung
ii. Krim Halia

Aha, macammana nak buat?

Pertama sekali, JANGAN DEGIL taknak pakai Bengkung sepanjang tempoh berpantang. At least, 3 minggu laa pakai Bengkung ni. Ramai yang malas nak pakai sebab agak leceh. So, syu cadangkan bengkung pattern macam kat bawah ni senang nak pakai sendiri, lepastu boleh grip betul- betul ketat.



Kedua, pakai Krim Halia memang sangat- sangat bagus. Tak kisahlah apa jenama pun. Tapi, PASTIKAN Krim Halia yang sesuai dengan kulit perut kita. Kalau tak panas pun tak sedap. Kalau panas sangat pun nanti effect pada kulit perut kita jadi merah dan agak menyakitkan.

Syu suggest Ginger Cream Leesa Formula sebab masa syu pakai krim ni, kesannya boleh dikatakan sangat cepat dan berkesan. Tapi syu takde jual, pegi cari kat kedai jamu eh..


atau boleh juga Lotion Mustajab ni pun berkesan. Syu dah try...



CARANYA..?

1. Sapukan KRIM HALIA kat perut. Urutkan dengan lembut ke seluruh bahagian pinggang especially bahagian yang menggelebeh.
2. Pakai BENGKUNG dengan ketat yang kita selesa.

Taaa da! Tu je caranya... :)

WAKTU NAK PAKAI..?

Kalau sepanjang berpantang tu, pagi dengan petang la pakai lepas mandi.

CABARAN..?

Memanglah keputusannya tak cepat. 3 minggu tu mesti kena konsisten pakai. Bukan seminggu sekali atau selang- selang buat macam ni. Kalau macam tu memang lambatlah nak cantik perutnya...

NAK TERUS CANTIK..?

Kena lah kawal pemakanan.. Jangan masa berpantang je jaga, dah habis pantang pun kena jaga makan. At least, boleh sambung sapu krim halia ni kat perut and pakai  'GURDLE' macam kat bawah ni untuk kawal makan...

Cara ni bukan saja terhad untuk orang berpantang, orang tak berpantang pun digalakkan.

Selamat mencuba! ;)

1 comment:

  1. blogwalking..jom ke blog saya dan bertukar2 link..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete