Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Sunday, December 16, 2012

Artis Muslimah yang Paling Syu JATUH CINTA.!

Assalamaualaikum,

Kat Malaysia ni ramai artis- artis dan public figure muslimah yang terkenal. Syu pun tiba- tiba rasa nak share siapa kalangan diorang ni yang syu PALING MINAT sekali. Peminat Fanatik lah boleh dikatakan, hehe.

Wahhhhh, artis yang paling Syu minat of course lah WARDINA SAFIYYAH..!!!
Kak Wardina ni KAKAK syu tau.! hehe. Dia ni sangatlahhh cantik.. Cantik sangat! Hmm, syu minat Kak Dina sebab dia Cantik (hehe.), sebab dia seorang Ibu yang sangat pandai mendidik anak- anaknya, sangat lemah- lembut dan prihatin. Dia juga seorang yang bekerjaya yang syu juga teringin nak bekerjaya seperti dia- sebab tulah syu boleh kata Kak Dina memang Idola syu (Sayanglahhh Kak Dina.!). Syu suka cara dan gaya Kak Dina mengacarakan sesebuah rancangan. Dalam Kak Dina melalui alam kerjaya, dia seorang yang sangat tegas dan lantang mengenai isu- isu berkaitan agama Islam- memang respek. Dia juga seorang yang merendah diri serta pandai bergaya. Kak Dina pakai simple- simple pun dah nampak aura dia..

Syu terlalu minat Kak Dina sampaikan nama anak syu yang sulong, Nur Alisha Safiyya. 'Safiyya' tu adalah sempena nama Kak Dina- maksudnya wanita yang berakhlak mulia :)

Ok ok, seterusnya yang syu minat ialah.... IRMA HASMIE..!
Syu suka sangat dengan Irma Hasmie ni- juga salah satunya sebab dia Cantik.! hehe. Senang cerita tak puas tengok gambar dia kalau syu search kat google. Syu mengenali dan meminati Kak Irma sejak dia bertudung dan jadi salah seorang pengacara di TV Al- Hijrah. Syu suka tengok Kak Irma mengacara. Dia seorang yang sangat suka tersenyum dan senyuman dia nampak ikhlas sgt. Alhamdulillah pulak dapat husband pun sedondon dengan dia dan sama- sama menyokong perubahan Kak Irma. Lepas married pulak terus preggy (aha, gambar kat atas ni comel je Irma dah preggy, a bit chubby jugak).

Kak Irma seorang yang sangat positif pada perubahan yang dia buat. Dia tak toleh pun kebelakang. Semoga anak Kak Irma nanti juga akan bersemangat macam Kak Irma ok.!

Yuhuu.. dan seterusnya yang syu minat adalah PROF DR MUHAYA.!
Yearghhh, Prof Dr Muhaya adalah seorang yang sangat berjaya. Boleh dikatakan PRO-Ustazah- seorang Professional Ustazah (Pakar Mata). Dia bukan seorang yang berlatarbelakangkan bidang agama, tapi seorang yang sangat lantang dan tegas dalam membicarakan isu agama dengan penuh hikmah.

Syu minat Prof Muhaya sejak selalu dengar bicara dan nasihat- nasihat Prof Muhaya kat radio Ikim.fm. Sejak tu, syu sangat tersentuh dengan kata- kata Prof. Prof memang seorang Ibu yang sangat baik pada semua orang. Nasihat- nasihat dia sangat meresap dalam jiwa sebab syu yakin isinya juga datang ikhlas daripada hati murni Prof.

Ahaaa..., inilah 3 orang IKON MUSLIMAH yang syu sangat minati. Doakan- Semoga syu juga akan jadi seperti mereka. Ameen.

1 comment:

  1. sama pulak artis muslimah yg kita suka:)

    i'm new blogger and happy to make new friens in dunia blogger:)
    feel free to follow me and keep in touch each other^^,

    ReplyDelete