Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Tuesday, December 04, 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Alisha)

Assalamualaikum,

Harini syu asek fikir tentang baby dalam kandungan aje.. Semalam 04.12.2012 baby genap 36 minggu. Hahh 36 minggu sudah..??? Woahhh...

Makin mendekat ke 40 minggu, perasaan tu makin berdebar- debar. Kalau anak pertama, tak kisah sangat sebab belum tahu lagi sakit bersalin tu macam mana. Masa syu first time nak deliver baby dulu pun relax je. Siap boleh rakam video dalam car on the way nak ke hospital- interview diri sendiri la konon- konon.

Tapi yang kali ni memang perasaan tu lain. Risau dan gelabah laa jugak. Orang kata, bersalin ni rezeki masing- masing. Ada yang mudah ada yang susah. Apa pun, syu yakin Allah pasti akan uji dan beri kita setakat mana yang mana kita mampu.

Kalau syu, syu rasa, bersalin normal dan sakit contraction yang macam first baby je lah yang syu mampu. Hmm macam mana tu..? Huhu.


FIRST TIME DELIVER (Nur Alisha Safiyya - 23 April 2011, Sabtu)

22.04.2011 tu last day malam tu mengajar tuisyen Math UPSR kat pusat tuisyen Taman Daya- sebab nak balik rumah parents kat Senai konon- konon nak get ready lagi 2 minggu tiba tarikh due. Yelah, apa- apa hal Ibu syu ade nak tolong kan, dah ade pengalaman..

Malam tu masa mengajar, syu mengajar kat student something la tentang no. 0, 1, 2, 3, 4. Balik tu syu bercerita kat husband tentang apa yang syu ajar kat student. Siap husband ajak makan kat kedai mamak- orang jawa kata, ngeteh ;P Seronok laaaa dating kan..

Syu rasa berkobar- kobar sangat masatu nak tunggu hari esok. Kenapa? Sebab esoknya ada Karnival Mahabbah Ikim.fm yang diadakan kat Johor Bahru. Teringin sangat nak pergi karnival ikim.fm. Tapi, lecturer syu kata,"Alaaa awak ni beria- ia je, entah- entah tak sempat nak pergi karnival tu dah terbersalin".

Then, jam 6.30 pagi esoknya tu, rasa contraction. Masatu syu call ibu, ibu kata, tu tanda nak bersalin. Syu sebenarnya tak tau pun contraction tu ape. So, syu buat tak tau je laa- ingatkan sakit perut biasa- biasa. Syu pun preparelah baju kerja husband, sarapan dia dan lain- lain.

Then, sakit tu makin lama makin kerap. Husband kata, "kawan abang kata ni sakit contraction nak bersalin". "Ye ke bang..? Habis tu, macam mana ni?"

Sempat messege member,"Weh, kalau aku terbesalin hari ni, tolong ganti aku pergi karnival ikim.fm tu ok! Lepastu cerita kat aku."

Syu pun ajak abang syu pegi balik Senai dulu, lepastu ajak ibu pergi hospital. Sampai rumah ibu, ibu pulakkk tengah ngeteh kat warong. Mak aihh masa tu memang da tak tahan sakitnya makin kerap.

Then, bertolaklah ke Hospital Kulai. Sampai kat emergency, jalan je masuk kat wad bersalin, taknak guna kerusi roda (ceh, berlagak laa konon). Husband pegi daftarkan nama syu kat kaunter.

Tiba- tiba,

"En. Farid Izwan ya..? Isteri awak dah bersalin.."

Mau tak terkejut husband syu. Tak habis register nama lagi dah bersalin. Alhamdulillah, begitulah ceritanya Alisha lahir kedunia- jam 10.11 pagi.. Uwekk uwek...! hehe.

Tarikhnya, 23.04.2011. Ahaaaa, semuanya nombor 0,1,2,3,4 kan? ;P

 
Alhamdulillah, pada syu bersalin anak pertama syu ni Allah permudahkan. Tapi, serius, tu aje lah yang syu mampu. Kalau dengar cerita ibu- ibu yang lain, boleh tahan.... Memang pengorbanan ibu mengandungkan anak 9 bulan dan melahirkan tu satu pengorbanan yang tak ternilai dan luar biasa.

Terima kasih Ibu....

No comments:

Post a Comment