Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Thursday, December 06, 2012

I'm HOT. So Please Do Not Touch Me.

Assalamualaikum,

Tajuk cam HOT jek, haha. Anyway, just a sharing tentang Bersalaman dengan Bukan Mahram. =)
(Alahh syu ni, buat kecoh jeee dengan tajuk.) hehe.

Anyway, syu tiba- tiba rasa nak kongsi tentang isu ni. Actually, syu bukanlah seorang ilmuan agama yang layak bercakap tentang isu ni dengan mendalam dan tepat, cuma syu ada beberapa pengalaman yang nak dikongsi ketika zaman syu bergelar student dan bekerja.

ZAMAN PELAJAR

Masa zaman syu student UiTM dulu, syu dipilih oleh para mahasiswa untuk menjadi salah seorang Majlis Perwakilan pelajar (MPP). Dulu- dulu jadi MPP rasa macam dah hebat sangatlah tu. Hehe. Yelah, glamor laa dikalangan pelajar- pelajar..

Bila dah menang pilihanraya, dipilih jadi MPP. Lepastu, dipilih jadi Setiausaha Agong. Ikutlah Presiden kesana- kesini meeting. Selalu pergi UiTM Shah Alam dan event- event tertentu. Rasa bertuah masatu sebab dapat berkenalan dan duduk semeja dengan orang- orang penting negara macam menteri lah dsb. Connection pun banyak...

Apa yang syu tengok, makin tinggi jawatan, rasa macam makin tak kisah diorang ni nak bersalaman dengan yang bukan mahram. CUBA LAA TEGAS SIKIT.! Jawatan je besar tapi bab ni - Lembik.

Antara pengalaman, dulu syu pernah meeting dengan orang berpangkat besar, dia nak bersalam dengan semua orang. Syu awal- awal dah sembunyikan tangan kat belakang dan dah diri belakang- belakang pun. Tapi, bila sampai kat syu, nakkk jugak bersalam. Syu dah laa tertinggal sarung tangan kat hostel sebenarnya. So, syu pun just senyum dan tunduk saja, "Dato."

Dato' tu pun senyum sindir je kat syu. Syu pun buat taktau lah. Masa meeting, dia sindir syu kaw- kaw dalam meeting.

"Saya ni sekolah agama sampai darjah khas, pangkat 1. Kalau saya nak jadi ustaz pun boleh. Kenapa ada yang taknak bersalam dengan saya.? Saya bukan tak tahu hukum.!"

So, syu diam aje. Tak taulah kalau betul ada hukum, Tapi, SYU TAK RETI dan rasa ianya tetap satu KESALAHAN untuk diri syu.

Kalau syu pergi kemana- mana event yang besar (sebab selalunya event- event camni laa), memang syu akan standby sarung tangan sebagai langkah keselamatan. Rasa macam nak TAMPAR je lelaki yang selamba badak nak bersalam, lagi- lagi ME.LA.YU.


ZAMAN BEKERJA

Syu pernah bekerja dengan sebuah syarikat orang Cina. Masa syu datang Interview, alhamdulillah dia faham dan dia tak pun hulurkan tangan dia kat syu. Syu expect,"oh... ok lah cina ni.."

Syu pun dapat kerja tu. Bila dah kerja, dia keep on nak salam. Syu kata,"Sorry boss, Islam tak boleh bersentuhan tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Senang cerita, macam I dengan U lah.."

Ok laa dia faham. Tapi dia kata,"Kenapa U tak bagi I salam dengan U? U tengok that girl macam U juga Melayu tapi dia tak kisah pun salam dengan I..?"

Then, setiap kali dia salam dengan perempuan melayu, mesti die jeling berlagak kat syu. Lantak kau laaaaa..... Syu takkan salam dengan boss syu tu.

"Syu, U ni pakailah seksi- seksi sikit. Pakailah baju yang pendek and ketat- ketat, barulah U nampak ELLIGENT."

Fuhhh sepanjang bekerja, asek suruh syu pakai baju yang entah hape- hape. Tapi, syu tetap berTEGAS. Buat tak tau je laa... Sampai, lama- lama dia pun dah give- up.

KESIMPULAN

Apa pun, kita kenalah bertegas dalam bab ni. Kalau sekali bagi muka, MEMANG dia akan buat kesimpulan yang kita ni memang jenis yang tak kisah pun tentang hal ni. So, next time dia pun selamba lah and tak alert pun.

Kalau rasa- rasa kita ni MAHAL, cubalah elakkan. Kalau terpaksa jugak, pastikan berlapik- labuhkan lengan baju ke, lapikkan dengan tudung/ selendang ke, atau standby sarung tangan.

Kalau terpaksa jugak, hmm.. beristighfar lah banyak- banyak dan BERAZAM untuk tak buat lagi dan terus berTEGAS. Berdoa pada Allah supaya diberikan Kekuatan.

Tapi, kalau BERANI, cakap aje..,"Eh, awak ni kan Melayu- Islam. Takkan tak tau hukum yang kalau kita bersalam ni HARAM!" (Amekaw...!)

Nota: Biar Dapat Redha Allah dengan Kemurkaan manusia. Jangan dapat Redha manusia dengan Kemurkaan Allah.

2 comments:

  1. Aku ingat time ko kena sindir dlm meeting tue, aku pun ada dlm meeting.hehehe. Papepun kami respect:)- dari org yg taw

    ReplyDelete