Assalamualaikum,
2 September 2012 - Husband dapat tiket free ke Legoland, Nusajaya JB untuk 5 orang. Haruslahhh betapa terujanya nak pergi kan.? Korang ade ke dapat tiket free? Ade? Ade? Haha, belagak laa sangat konon. Rezeki.. ;)
So, sempena masa tu angah baru lepas accident, masih lagi kat hospital sedang dijaga ibu. So, adik- adik syu - Izul yang nak SPM dan Ayu yang nak UPSR masa tu syu ajak la pergi LEGOland, konon- konon sebagai semangat laa untuk belajar dan amek periksa :)
Cuaca mak aih, panasnya boleh tahan - jam 3 pm. Pokok pun baru je ditanam. Atap- atap pun tak banyak lagi. Memang lah panasss bagai.
Dalam Legoland tu ada macam- macam permainan- yang sesuai untuk kanak- kanak.! Hehe. Untuk dewasa orang kata, tak thrill lah.... Tapi, tempatnya memang cantik, seronok, selesa dan selamat untuk kanak- kanak. Kalaulah alisha dah besar sikit kan best...
Tapi, sebagai seorang yang remaja (masih remaja ok..!), bangunan- bangunan terkenal yang dibina menggunakan LEGO amat- amat syu kagumi. Memang cayalahhh orang Malaysia boleh bina benda unik macam ni.! Sampai berpinar- pinar mata syu sebab kagum sangat. Creative habis.!
Diorang bina semua bangunan ni menggunakan LEGO yang punyalah kecil sangat- sangat, dan LEGO- Lego tu dicantumkan dengan penuh TELITI sampai terbina bangunan- bangunan macam yang korang tengok kat atas ni. Cayaaa lah!
Then, petang tu kitorang Solat Asar. LEGO Ibu dan anak (dibina kat depan Surau..)
Emm, harap- harap dapat tiket Free lagi lah ea, baru boleh pergi lagi. Kalau tak, takde maknanya.... MAHAL.
Nota: Kalau anak dah sekolah rendah, seronok bawak pergi sini. Lagi best beli tiket yearly sebab boleh masuk hari- hari, lagi- lagi kalau rumah dekat area Nusajaya. Tapi, beli time ade promosi lah. Canggih budak- budak sekarang, dah tak pergi playground, pergi LEGOland. ;P
No comments:
Post a Comment