Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Wednesday, November 28, 2012

Buat Muslimah

Assalamualaikum,

Muslimah. Syu juga adalah Muslimah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Kalau dulu zaman single, lebih banyak dapat luangkan masa bersama rakan- rakan. Kalau pilih rakan- rakan di masjid universiti, maka pergaulannya juga akan terarah kepada kebaikan. Kalau bergaul dengan golongan kepimpinan, maka juga akan terarah kepada kepimpinan.

Sekarang, sudah dalam dunia kerjaya. Sambung pengajian pun separuh masa. Uruskan rumahtangga dan anak- anak. Dah tinggalkan sahabat- sahabat di universiti dulu. Nak tak nak, rakan setempat kerja ada bermacam ragamnya. Rakan seuniversiti pun jumpa masa attend kelas saja. Sekarang semuanya dah berubah, dah menginjak ke zaman dewasa. Lagi- lagi syu yang fresh graduate terus berumahtangga dan menjadi ibu. Agak culture shock juga..

Cabaran nak mengekalkan Iman tu makin lama terasa makin hebat. Bila terkenangkan zaman belajar, rasa rindu sangat- sangat. Sekarang pun begitu, kebahagiaan sudah dilalui bersama yang lain - keluarga, suami dan anak- anak.

Tapi, nak tak nak, kehidupan ni begitulah. Setibanya di sini, suatu masa nanti kesana pula. Dah kesana, kesanaaaa pula. Ya Tuhan, terasa betapa kerdil diri ini dihadapanMu. Walau kita lupa pada Allah, nikmat yang dikurniakan tak juga putus- putus.

Apa pun, kemana pun kita melangkah, kita tetap berpijak di bumi Tuhan. Diri sebagai Muslimah ini harus dijaga sebaiknya mungkin.

Sebaik syu dengar titipan lagu Muslimah by Ustaz Nazrey, meremang rasanya seluruh badan ni..

Bait- baitnya.....

Oh muslimah, Allah cinta kepadamu, Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah, Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah, Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu, Rendah hati
Oh muslimah, Busanamu menutup rapi, Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah, Kau rajin memuji, Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah, Memandangmu menyejuk hati, Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi, Tulus hatinya
Oh muslimah, Kecantikan yang sebenar, Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu, Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah, Kau masuk ke syurga, Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu, Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah, Kau rajin mengaji, Islam kau jadikan, Ikutan sejati

Nota: Ya Allah, kuatkan hati untuk memperbaiki diri ini......

No comments:

Post a Comment