Nuffnang Ads @ Tabung Suka- suka

Thursday, November 29, 2012

Gambar Baby Alisha dari Lahir hingga Setahun 7 Bulan

Assalamualaikum,

Baby Alisha lahir pada 23 April 2011 - anak sulong kami.

InsyaAllah, no Dua sedang menghitung hari untuk melihat Dunia. Kemudian plan lepas graduate Degree nak further anak no Tiga. Lepastu no Empat. Lepastu nombor 5... ;P Wahhhh banyaknyaaa... Kalau ada rezeki apa salahnya yer tak..?

Mentang- mentanglah sekarang ni kamera digital, tak main dah kamera pakai- pakai filem. So, ambil ajelah gambar bila- bila masa yang kita suka. Lepas transfer dalam comp, lama- lama kena virus- hilang.

Untuk mengelakkan hal ni terjadi, syu nak buat Entry ni- sampai bila- bila pun syu boleh tengok. :)
Jom CUCI MATA tengok anak syu....

NUR ALISHA SAFIYYA BINTI FARID IZWAN

 Hari Pertama Kelahiran
3 Bulan

4 Bulan

5 Bulan

6 Bulan

8 Bulan

9 Bulan

10 Bulan

 
 
 11 Bulan

Setahun

 Setahun 2 Bulan

 Setahun 3 Bulan

 Setahun 4 Bulan

 Setahun 5 Bulan

 Setahun 6 Bulan

 Setahun 7 Bulan

saat engkau tertidur ..
kupandangi wajahmu ..
masih inginku mendekatmu ..
masih inginku menciummu ..

tak pernah kusadari ..
waktu cepat berlalu ..
kini engkau menjadi besar ..
kini engkaulah harapanku ..

tumbuh-tumbuhlah anakku ..
raihlah cita-citamu ..
 jangan pernah ragu .. sayang ..
doaku selalu bersamamu ..
membuat aman dihidupmu ..
selamanya...

Ummi dan Ayah sayang Alisha - anak Solehah penyejuk hati Ummi dan Ayah

Wednesday, November 28, 2012

Buat Muslimah

Assalamualaikum,

Muslimah. Syu juga adalah Muslimah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Kalau dulu zaman single, lebih banyak dapat luangkan masa bersama rakan- rakan. Kalau pilih rakan- rakan di masjid universiti, maka pergaulannya juga akan terarah kepada kebaikan. Kalau bergaul dengan golongan kepimpinan, maka juga akan terarah kepada kepimpinan.

Sekarang, sudah dalam dunia kerjaya. Sambung pengajian pun separuh masa. Uruskan rumahtangga dan anak- anak. Dah tinggalkan sahabat- sahabat di universiti dulu. Nak tak nak, rakan setempat kerja ada bermacam ragamnya. Rakan seuniversiti pun jumpa masa attend kelas saja. Sekarang semuanya dah berubah, dah menginjak ke zaman dewasa. Lagi- lagi syu yang fresh graduate terus berumahtangga dan menjadi ibu. Agak culture shock juga..

Cabaran nak mengekalkan Iman tu makin lama terasa makin hebat. Bila terkenangkan zaman belajar, rasa rindu sangat- sangat. Sekarang pun begitu, kebahagiaan sudah dilalui bersama yang lain - keluarga, suami dan anak- anak.

Tapi, nak tak nak, kehidupan ni begitulah. Setibanya di sini, suatu masa nanti kesana pula. Dah kesana, kesanaaaa pula. Ya Tuhan, terasa betapa kerdil diri ini dihadapanMu. Walau kita lupa pada Allah, nikmat yang dikurniakan tak juga putus- putus.

Apa pun, kemana pun kita melangkah, kita tetap berpijak di bumi Tuhan. Diri sebagai Muslimah ini harus dijaga sebaiknya mungkin.

Sebaik syu dengar titipan lagu Muslimah by Ustaz Nazrey, meremang rasanya seluruh badan ni..

Bait- baitnya.....

Oh muslimah, Allah cinta kepadamu, Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah, Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah, Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu, Rendah hati
Oh muslimah, Busanamu menutup rapi, Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah, Kau rajin memuji, Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah, Memandangmu menyejuk hati, Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi, Tulus hatinya
Oh muslimah, Kecantikan yang sebenar, Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu, Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah, Kau masuk ke syurga, Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu, Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah, Kau rajin mengaji, Islam kau jadikan, Ikutan sejati

Nota: Ya Allah, kuatkan hati untuk memperbaiki diri ini......

Baju Nikah

Assalamualaikum,

Kalau nak pergi Dinner, mesti pening kan nak pakai baju apa. Tapi, untuk syu tak susah pun, sebab, setiap kali pergi dinner je, pakai Baju Nikah. Haha.

Aha, kenapa pakai Baju Nikah? Yelah kan, daripada baju tu duduk terperap dalam almari (sebab husband tak bagi jual. Lagipun, ni kan kenang- kenangan...), jadinya, pakai aje lah.. :)

So, syu dah pakai 3 kali Baju Nikah ni.! Hehe.

FIRST time pakai, haruslah masa nikah...
Style tudung: Biasalah, tudung pengantin....


Kali keDUA, dinner masa kerja kat Cosmopoint College, JB.
Style tudung: Tema Masquerade.!  Tapi syu pakai ala- ala purdah. Takmo ah pakai topeng- topeng.



Kali keTIGA, dinner kat tempat kerja sekarang.
Style tudung: Veils cover ala- ala tudung Syria...



Tapi, lepasni kalau nak pakai lagi, kena tukar design lah. Orang dah kenal sangat baju ni kot agaknya.

Nota: Sekali- sekali merasa zaman baru- baru nak berumahtangga ape salahnya. Pakai baju ni pun boleh dapat feel ape...

Tuesday, November 27, 2012

Legoland @ Nusajaya, Johor

Assalamualaikum,

2 September 2012 - Husband dapat tiket free ke Legoland, Nusajaya JB untuk 5 orang. Haruslahhh betapa terujanya nak pergi kan.? Korang ade ke dapat tiket free? Ade? Ade? Haha, belagak laa sangat konon. Rezeki.. ;)

So, sempena masa tu angah baru lepas accident, masih lagi kat hospital sedang dijaga ibu. So, adik- adik syu - Izul yang nak SPM dan Ayu yang nak UPSR masa tu syu ajak la pergi LEGOland, konon- konon sebagai semangat laa untuk belajar dan amek periksa :)


Cuaca mak aih, panasnya boleh tahan - jam 3 pm. Pokok pun baru je ditanam. Atap- atap pun tak banyak lagi. Memang lah panasss bagai.

Dalam Legoland tu ada macam- macam permainan- yang sesuai untuk kanak- kanak.! Hehe. Untuk dewasa orang kata, tak thrill lah.... Tapi, tempatnya memang cantik, seronok, selesa dan selamat untuk kanak- kanak. Kalaulah alisha dah besar sikit kan best...



Tapi, sebagai seorang yang remaja (masih remaja ok..!), bangunan- bangunan terkenal yang dibina menggunakan LEGO amat- amat syu kagumi. Memang cayalahhh orang Malaysia boleh bina benda unik macam ni.! Sampai berpinar- pinar mata syu sebab kagum sangat. Creative habis.!










Diorang bina semua bangunan ni menggunakan LEGO yang punyalah kecil sangat- sangat, dan LEGO- Lego tu dicantumkan dengan penuh TELITI sampai terbina bangunan- bangunan macam yang korang tengok kat atas ni. Cayaaa lah!

Then, petang tu kitorang Solat Asar. LEGO Ibu dan anak (dibina kat depan Surau..)


Emm, harap- harap dapat tiket Free lagi lah ea, baru boleh pergi lagi. Kalau tak, takde maknanya.... MAHAL.

Nota: Kalau anak dah sekolah rendah, seronok bawak pergi sini. Lagi best beli tiket yearly sebab boleh masuk hari- hari, lagi- lagi kalau rumah dekat area Nusajaya. Tapi, beli time ade promosi lah. Canggih budak- budak sekarang, dah tak pergi playground, pergi LEGOland. ;P

Expo Buku Islam di Galeria @ Kotaraya, JB

Assalamualaikum,

Kelmarin 26.11.2012, syu with husband dan alisha & lil baby dalam perut ni ke Expo Buku Islam kat Galeria @ Kotaraya, JB. Kotaraya ni belum ada banyak kedai yang dibuka, cuma bangunannya baru saja direnovate dan nampak sangat cantik and cool daripada sebelum ni.



Syu excited sangat- sangat nak pergi walaupun sebenarnya agak letih juga badan ni. Hee. Kenapa? Sebab..... syu nak jumpa kawan- kawan syu masa belajar kat UiTM Segamat dulu.! ;) Semuanya bestfriend syu.

Tadaaaa....!


Cak.! Inilah dia. Bermula daripada awek muslimah yang kiri sekali:

Rabiatul Hasanah - amboi amboi.. dah anak dara eh sekarang.! Bertugas sebagai Master of Ceremony (MC) kat expo ni. Ada ciri- ciri nak jadi DJ Ikim.fm ni.! Kira anak didik syu laa ni masa kat U dulu (konon aaaa...). Makin hebat kawww, jadi MC kat expo.! Syu ni jadi MC kat tempat work je..

Amy - Wahhhh, kau sudah semakin bersemangat kental.! Biasalah amy ni rajin bebenar. Untung Sinergi Ilmu recruit amy ni. Kitorang sama- sama  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) masa kat UiTM dulu..

Myza - Ish ish ish budak ini.... Myza ni dulu roommate syu masa final semester. Sebenarnya syu yang main belasah je duduk bilik dia. Moment yang tak boleh lupa- kitorang SUKA makan biskut cicah air milo sama- sama kat bilik berdua- duaan, haha. Sampai sekarang kalau minum air milo cicah biskut, mesti teringat kat myza.

Nur - Budak masjid yang sopan lagi ayu. Ceh, nampak je ayu, kalau melawak pun boleh tahan.. hehe. Aktif dia ni kalau buat aktiviti- aktiviti kerohanian masa student dulu. Dipraktikkan la sekali bila dah kerja.

Wahhh rasa teruja betullah dapat jumpa korang semua.! Oh ya, diorang ni semua masih single tau, cuma tak taulah available ke tak. Yang itu kena tanya empunya badan sendiri.. ;P

Nota: Thanks husband sebab bawak syu pergi sini nak jumpa kawan- kawan. :)

Tuesday, November 20, 2012

Berumahtangga Di Usia Muda

Assalamualaikum,

Aha, sebenarnya tiba- tiba rasa teruja tentang pernikahan Farid Kamil, 31 dan Diana Danielle, 21. Tahniah syu ucapkan buat kedua- dua mempelai ni. (Baru baca majalah Wanita - diorang jadi cover )

Dan, lebih- lebih teruja lagi, Diana dah pun hamil.! (Wah, mak kepoh la syu ni. Rasa macam dalam melodi pulak nak gosip- gosip. hehe.)

Apa pun, cantik Diana Danielle bertudung masa nikah. Makin menyerlah- nyerlah kesopanannya. Buat Diana Danielle, selamat melayari alam rumahtangga. Samalah kita, tak sesempat nak honeymoon lama- lama, dah nak dapat baby. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya. Bertuah tau Diana.!

-Kasih Sayang Seorang Suami Buat Isterinya-

Tapi, kiranya... Syu dengan husband pun ada persamaan what dengan diorang. Ahaks.! Nak jugak sama dengan Ertis. ;P

Nama husband pun Farid juga, tapi.. Farid Izwan.. ;P and..., masa syu nikah, syu pun umur 21. Abang Farid pulak masa tu umur 30. (Heee kira lebih kurang laa tu kan..)

Apa pun, syu panjatkan setinggi- tinggi syukur pada Allah swt. Kekadang orang kata bila berumahtangga awal ni, rugi - sebab tak dapat enjoy puas- puas. Tapi syu rasa sebenarnya syu yang paling beruntung sekali.

Allah memang sangat baik pada syu. Syu dianugerahkan suami yang soleh dan sempurna, handsome lagi..! ;P dan terus dikurniakan cahaya mata. Malah Allah tambah lagi permata hati dalam keluarga kami yang dah pun sekian 8 bulan dalam kandungan.



Alhamdulillah, Syukur Ya Allah atas hadiah dan anugerah yang bertimpa- timpa.

Tahniah buat semua pengantin baru! Semoga berbahagia hingga Syurga.. Syurga Cinta <3

Nota: Romantik lah konon syu ni. Eh2, haruslahhhh.........

Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum,

Sahabat- sahabat, semoga lidah kita basah membacakan Doa Qunut Nazilah buat saudara- saudara kita di Gaza.



Ameen Ya Rabb....

Meja Kerja kat Office

Assalamualaikum,

Wah wah wah, macam laa bagus sangat syu ni sampai gambar meja kerja pun nak masuk dalam blog. Haha.

Taklah, ni mungkin boleh jadi kenang- kenangan bila syu dah jadi CEO ke, COO ke.. haha. Konon laa kau ni Syu.

Syu kerja sebagai Principal, punya Secretary ;P Selalunya kalau orang kata Secretary, ape yang selalu ada kaitan dengan Secretary?

Jeng jeng jeng....


Ni la meja syu kat office, kat reception. Besar gedabak meja syu ni. Syu hias- hias meja ni sempena dengan Hari Raya 2012 yang lepas. Tersergam Indah sebulan mak ngah..... Baik korang cakap cantik! kan? kan?



Aha.., ni la tahap kebersepahan meja syu. Masa ni tengah busy sangat- sangat siapkan salah satu sistem daripada KPT. Mehhh..., stress betul masa ni......

Apa pun, Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang syu dapat kat sini.

Semoga berjayalah yek Syu..! ;) Caaayok..!

Monday, November 19, 2012

Style Alisha Drive Car

Assalamualaikum,

Harini terasa letih sangat- kerja half day today sebab pagi tadi hantar Alisha injection for 1 year 6 months dah. Dia uwek uwek sikit je - strong betul lah anak ummi ni. Balik je terus ligat. Alhamdulillah, tanda- tanda tak demam harap- harapnya..

Ahad lepas bawak Alisha pegi Tesco Tebrau. Alisha drive car..! Jeng jeng jeng...


Wahhhh ada style tak anak syu drive car? Hebak.. Hebak...

Apa pun, syu suka Alisha pakai tudung merah ni. Beli kat Giant Plentong- RM 15 je. Tudung raya hari tu tapi selesa dan cantik dipakai.

Nota: Husband syu lebih bersopan kalau drive car berbanding syu.

Update 21.11.2012: Baby alisha demam jam 4 pagi tadi :(

Teks Master of Ceremony (MC) Dalam Bahasa Inggeris (Versi 2)


Assalamualaikum,

Ahaaaa, ini pulak semalam petang jadi MC untuk closing meeting 2nd Surveillance Audit kat workplace. So, ni as record syu and rakan- rakan pun boleh refer oke.! ;)

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillah, let us praise to Almighty Allah swt, we are here for closing meeting to see the result of auditing today. We all from ............. wish many thanks to our auditor and technical expert, Dato ......... and Matron ........ who have give full commitment and support for the process of auditing today.

For the next agenda, I would like to invite Dato .......... for his announcement and speech.

Thank you Dato.

We want to take this opportunity to say many thanks to Dato ...... and Matron ......... for today 2nd Surveillance Audit.

As a appreciation, I would like to invite Puan .......... accompanied by En ............... to give some token to our guests.

Welcome Dato ..............
and Matron ................

Thank you Puan ............. and En .................

Before we end our event today, for all audiences information, today is Dato ......... birthday...!

Happy birthday Dato.

I would like to invite En .......... to recite the Doa for Dato for his great day today.

We wish you Congratulations on your birthday and best wishes for the coming 2013 and this new year Maal Hijrah 1434H. May Allah give you good health and happiness to you and your family.

I as MC if you find any mistakes in our word and expression, we would like to apologize. Thank you very much for your kind attention and the last I say

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalammu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

I would like to invite Dato .........., Matron .............., Puan ............. and En ............... for some refreshment.

and...... Surprise.....!

(kitorang keluarkan kek hari jadi untuk Dato'.. and all sing the birthday song lah..) :)

Ok, that's all. :)

Result UPSR adik bongsu, Ayu

Assalamualaikum,

Harini adik syu yang bongsu ambil result UPSR. Nama dia Nurul Insyirah Ahmad Tajodin. Panggilan- Ayu. (Jauh betul beza nama asal dengan nama panggilan kan..? )

Apa pun, kaklong nak ucapkan Tahniah buat Ayu sebab dapat result yang cemerlang, 4A 1B...!
Tahniah laaaa wey...!

Cuma, terkilan laa jugak, B nya Sains. Tapi, tahun ni memang ramai juga tengok kat sekolah Ayu, Sains dapat B. Apa pun, kaklong percaya Ayu dah buat yang terbaik. Lagipun, masa tu ada beberapa ujian yang melanda dalam keluarga kitorang - angah accident. Ibu jaga angah kat hospital. So, ayu kena berdikari lah masa tu kan...

Em, nanti kaklong bagi hadiah oke!

Ahaaaa, syu pun dulu dapat 4A 1B. Tapi B nya, English. Syu memang tak terrer English. Daripada UPSR dapat B English, PMR pun dapat 6A 2B- B nya Geografi dan English. SPM pun sama...

Entahlahhh... apelah nasib tak terrer2 English. Haha..! Tapi sekarang dah ok la sikit - da terrer jugak kot... hehe.

Ok, syu nak balik. Kat office syu tinggal sorang je dah ni.. Waaaaa takot bagai...!!!

Tata..!

Sunday, November 18, 2012

Teks Master of Ceremony (MC) Dalam Bahasa Inggeris (Versi 1)

Assalamualaikum.

Pagi ni syu jadi MC untuk 2nd Surveillance Audit kat tempat kerja. So, as personal record and reference sesiapa yang nak, as below:

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, Wassola Tuwassalam Mu'ala Asyrafil Anbia Iwal Mursalin, Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in.

Ladies and Gentleman,

Let us open our program today by reciting Ummul Kitab, Al- Fatihah...

Assalamualaikum and a very good morning to,

Dato ............, Auditor from ..........,
.......................................................

Alhamdulillah, first of all, let us praise to the Almighty Allah swt because of His blessings, we are able to come here, for the 2nd Surveillance .................... by ..................... for ........................

Before we go further, I would like to invite ............................, LAN Lecturer to recite the Doa.

Thank you .................

Ladies and Gentleman,

For the next agenda, I would like to invite ..................., Principal of ........................ for her welcoming speech and presentation.

Thank you ................

Next, I would like to invite Dato ..................... for his speech and briefing.

Thank you ................ for your great experiences sharing and briefing regarding the audit today.

Well, Ladies and Gentleman,

That's all our agenda for this morning session. I hope that today 2nd Surveillance Audit will go smoothly and the aim for today will be achieved.

For the next, please forgive us if there is any mistakes, thanks for the attention and
Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalam Mu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Before we proceed to the auditing process, I would like to invite our guests .................., ......................., Puan .............., En ................... for the morning refreshment.

Ahaaaa............ ok tak? Mungkin ada grammar mistakes ke, pandai- pandailah nak ubah ke, nak tambah ke... Hari ni first time laa jadi MC cakap omputeh.

C-ya! ;)

Wednesday, November 14, 2012

Alisha in Baju Kurung

Tengah belek- belek gambar dalam pendrive, jumpa gamba masa pergi jamuan buka puasa lepas.  Awwwww ni first time baby alisha pakai Baju Kurung. Cute kan? (ahaaa puji anak sendiri. Haruslah...)

Baju kurung ni sebenarnya nak pakai masa raya tp bukan selalu kan budak kecik nak pakai baju kurung. So, just try it.

Masa ni rambut alisha panjang sikit, lepas cukur habis dah 7 hari, ni lah rambutnya yang tumbuh. Lepastu, masa nak raya, syu potong rambutnya jadi pendek paras bahu sebab kesian dia berpeluh kat leher and ruam- ruam sikit.

Alisha, ummi dengan ayah sayang kakak alisha.! <3


Miss her. Nak balik rumah cepat.! Bila lah nak pukul 5.30 ni nak balik rumah nak jumpa alisha.

Salam Maal Hijrah 1434 H

Salam Maal Hijrah buat semua.

Harini pergi kerja dengan penuh semangat (ni kata- kata semangat). Kerja terlampau banyak. Rasa nak menangis pun ada.

Lama dah tak menaip blog. Tempat luahan rasa lah konon- konon. Husband cuti seminggu, mak aih betapa seronoknya. Tempat kerja syu ni orang yang berkhidmat more than 10 years baru boleh cuti awal muharam.

A lots of works to do. Rasa macam tak larat sangat- sangat. Baby dah almost 8 months. Due date 2 Jan 2013. Mudahan betul- betullah 2 Jan baru bersalin. Tak kisahlah, janji 2013. Kalau tahun ni juga 2012, wahhh dah macam setahun sekali produce baby.

Apa pun, alhamdulillah baby sihat. Scan- dr. says, girl. No problemo girl or boy. Janji sihat walafiat dan sempurna. Ummi sayang anak- anak ummi.

Ok, continue to work. Ada minutes nak kena siapkan. Dah pending lama, haha. Nak ISO baru nak kelam- kabut. Ok c-ya! ;)

Lots love.